Transcript prof. dato

OLEH: YBHG. PROF. DATO’ DR. NORAINI IDRIS

PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIH AAN KE-9 KATEGORI ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN

SENARAI AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI : PROF. DATO’ DR. NORAINI IDRIS TIMB. PENGERUSI : PROF. DATIN SERI PANGLIMA DR. ANN ANTON AHLI : PROF. DATUK DR. HALIMATON HAMDAN PROF. DR. NOORSAADAH ABD RAHMAN PROF. DATO’ DR. MOHD JAMIL MAAH PROF . EMERITUS DATO’ DR. V. NAVARATNAM PROF. EMERITUS DR. MUHAMAD AWANG PROF. DR. MOHD EKHWAN TORIMAN PROF. DR. ABDUL LATIF BIN AHMAD PROF. DR. IMRAN HO ABDULLAH DR. ABDUL RAHIM SAAD

1 2 3

ASAS ANUGERAH

Anugerah Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik yang tidak melebihi 40 tahun, berkemampuan dan berkaliber.

Penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran penyelidikan, keterserlahan dan kepimpinan serta keserakanan pada dan peringkat pembelajaran kebangsaan serta atau antarabangsa.

Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja.

SYARAT PERMOHONAN

Berwarganegara Malaysia dan tidak melebihi 40 tahun pada 1

Januari 2015.

Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah:

Berkhidmat sebagai pensyarah di IPT tempatan selama sekurang-kurangnya 5 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik.

Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik.

Telah menerima anugerah atau pengiktirafan akademik daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam jangka waktu 5 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai).

Mempamerkan wawasan dan hala tuju dalam kerjaya akademiknya. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan butir jaya diri (curriculum vitae) terkini berserta bukti yang lengkap untuk menyokong pencapaian.

KRITERIA PENILAIAN

Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima akan diambil kira .

NILAI ANUGERAH

RM 50,000.00

+

PIALA

+

SIJIL PENGHARGAAN

BORANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE – 9

Untuk muat turun borang, sila layari laman web Anugerah Akademik Negara Ke-9 di: http://jpt.moe.gov.my/aan/borang.htm