Transcript prof. dato
OLEH: YBHG. PROF. DATO’ DR. NORAINI IDRIS PENGERUSI JAWATANKUASA PEMILIH AAN KE-9 KATEGORI ANUGERAH TOKOH AKADEMIK NEGARA SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI : PROF. DATO’ DR. NORAINI IDRIS TIMB. PENGERUSI : PROF. DATIN SERI PANGLIMA DR. ANN ANTON AHLI : PROF. DATUK DR. HALIMATON HAMDAN PROF. DR. NOORSAADAH ABD RAHMAN PROF. DATO’ DR. MOHD JAMIL MAAH PROF. EMERITUS DATO’ DR. V. NAVARATNAM PROF. EMERITUS DR. MUHAMAD AWANG PROF. DR. MOHD EKHWAN TORIMAN PROF. DR. ABDUL LATIF BIN AHMAD PROF. DR. IMRAN HO ABDULLAH DR. ABDUL RAHIM SAAD ASAS ANUGERAH 1 Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ialah seorang ahli akademik yang terlibat secara menyeluruh dan sentiasa beriltizam dalam menyumbang kepada penemuan dan pembangunan ilmu yang memberi sumbangan bernilai untuk negara dan dunia. 2 Sumbangan calon membolehkan IPT mencapai aspirasi sebagai jentera pembangunan negara ke arah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan manusia sejagat. 3 Calon hanya boleh menerima anugerah ini sekali sahaja. SYARAT PERMOHONAN Berkhidmat sebagai pensyarah di universiti tempatan selama sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif dalam kerjaya akademik. Anugerah akan dipertimbangkan bagi calon yang telah: Menerajui bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, perkhidmatan dan kepimpinan akademik secara holistik. Menerima anugerah atau pengiktirafan ketokohan daripada badan profesional dan ilmiah yang berprestij pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan profesional dan ilmiah bagi sumbangannya dalam jangka waktu 10 tahun terakhir (termasuk tahun yang dinilai). Menghasilkan sumbangan yang membawa impak yang ketara melalui aktiviti akademik yang telah dijalankan. Menunjukkan kepimpinan dan kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik yang diterajui. secara JENIS ANUGERAH / PENGIKTIRAFAN YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK PERMOHONAN ANUGERAH 1 Anugerah/pengiktirafan akademik yang diakui secara rasmi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 2 Penerimaan anugerah mestilah mengambil kira sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement). 3 Zamalah (fellowship) yang diperolehi mestilah berasaskan undangan dan bukan permohonan. KRITERIA PENILAIAN Dalam proses penilaian untuk penganugerahan, semua sumbangan kumulatif, anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (lifelong achievement) akan diambil kira. NILAI ANUGERAH + + RM 200,000.00 PIALA SIJIL PENGHARGAAN BORANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA KE – 9 Untuk muat turun borang, sila layari laman web Anugerah Akademik Negara Ke-9 di: http://jpt.moe.gov.my/aan/borang.htm