Transcript Bab 6 (FTP)
BAB 6 PEMINDAHAN FAIL a. b. c. KONSEP PEMINDAHAN FAIL JENIS-JENIS FTP PERISIAN MEMAMPAT FAIL PEMINDAHAN FAIL Salah satu perkhidmatan yang dapat diperolehi daripada kemudahan internet. Ia menggunakan protokol pindahan fail iaitu satu protokol aplikasi yang turut menggunakan protokol internet TCP/IP PROTOKOL PINDAHAN FAIL (FILE TRANSFER PROTOKOL) Merupakan satu kaedah piawai memindahkan fail melalui internet. Adalah cara termudah untuk bertukar-tukar fail antara komputer-komputer dalam internet Digunakan untuk memuat naik dan memuat turun laman-laman web, perisian-perisian, klip video dan muzik digital serta berkongsi fail dengan pengguna lain. Terdapat dua jenis FTP, iaitu: – Pelayan FTP terkawal : memberikan servis berbayar dan pengguna perlu mempunyai akaun. – Pelayan FTP Anonymous : servis percuma. Terdapat banyak tapak FTP yang popular yang mempunyai pelbagai tapak lain dengan informasi yang sama. Tapak ini dikenali sebagai tapak cermin (mirror site), bertujuan membantu mengurangkan kesesakan pada tapak popular dengan menawarkan tapak alternatif kepada pengguna. Ia menghasilkan sambungan yang lebih cepat. Proses pemindahan fail Terdapat 2 proses yang terlibat dalam pemindahan fail iaitu: – Proses muat naik (Upload) – Proses muat turun (download) Muat naik – merujuk kepada pindahan fail-fail daripada pengguna kepada pelayan FTP Muat turun – merujuk kepada pindahan fail-fail daripada pelayan FTP kepada komputer pengguna Rajah di bawah menunjukkan sambungan pengguna/pelayan FTP KOMPUTER PENGGUNA PELAYAN FTP UPLOAD DOWNLOAD PENGGUNA-PELAYAN FTP Pelayan FTP ialah komputer yang telah dikonfigurasi untuk menerima permintaan FTP Ia menyimpan berbagai-bagai jenis maklumat yang sangat banyak dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja melalui FTP Dalam sambungan pengguna-pelayan FTP (FTP client/server), komputer pengguna dipanggil komputer tempatan Pelayan FTP pula dipanggil sebagai hos atau komputer jauh JENIS-JENIS PROGRAM FTP 1. Freeware (perisian percuma) Perisian yang boleh diperolehi secara percuma dari Internet 2. Shareware (perisian kongsi) Perisian percubaan yang boleh digunakan secara percuma dalam tempoh masa tertentu. Setelah tamat tempoh, pengguna akan diminta untuk membuat bayaran sekiranya pengguna berminat meneruskan penggunaannya. 3. Text files (Fail teks) Fail berbentuk teks semata-mata. Juga dikenali sebagai fail ASCII. 4. Binary Files (Fail Binari) Fail yang mungkin terdiri daripada program (aturcara), gambar, bunyi atau video. 5. Compressed Files (Fail Pemampatan) Kebanyakan fail besar yang disimpan di tapak FTP akan dimampatkan (dikecilkan saiznya). Ia bertujuan menjimatkan ruangan dan mempercepatkan pemindahan fail ke komputer. Fail akan dinyahmampat (dikembangkan semula ke saiz asal) sebelum boleh digunakan. Contoh fail: .arc, .arj, .ihz, .pak, .zip 6. Archived Files (Fail Arkib) Aturcara, disimpan di tapak FTP, memerlukan kumpulan fail yang besar untuk berfungsi. Kesemua fail ini dibungkus atau diarkibkan ke dalam satu fail. 7. Full Motion, Full-Screen Video (Video Skrin Penuh pergerakan penuh) Penggunaan MPEG untuk menyahmampat fail video dengan tujuan memindahkan fail video ke komputer dengan lebih cepat. WinZip Fail dan perisian dalam Internet biasanya disimpan dalam fail arkib. Pengarkiban ialah proses mengambil satu atau lebih fail, memampatkan fail dan kemudian menyimpannya dalam fail arkib. Fail arkib ini adalah lebih kecil daripada jumlah fail yang terkandung di dalamnya. Banyak perisian pengarkiban yang ada pada masa ini, tetapi yang biasa digunakan ialah .zip. Format ini digunakan untuk memampat dan menyahmampat kebanyakan jenis fail termampat yang lain. Proses memampatkan data, bukan sahaja mempercepatkan penghantaran fail menerusi Internet, malah dapat menjimatkan ruang pada peranti-peranti storan. Samb… Contoh Perisian Memampat Fail – Winzip : www.winzip.com – Pkzip : www.pkware.com – winace : www.winace.com